Exam Tips


Assalamualaikum and Hi Earthlings


It has been quite a while I'm not writing in my blog. Hahaha.. 

I think it is not too late to give some tips for exam since right now is exam week. Musim semua stay up malam-malam nak study.. (walaupun ada yang dah habis exam dekat UM ni tapi sis masih mereput sebab ada lagi 3 paper T-T)

For me every time I'm going to have exam te first thing to do is...

1) make a study timetable for my study week.

to ensure that I can finish cover up all the chapters for my exam in study week..

next..

2) make some small notes ( I don't think mine is small... haha)

just write some importance points.. not all things in the lecture's note.

the most important tips

3) ask Allah for His guidance through your exam's day.

always ask Him to guide you throughout your way to answer the exam question because all pieces of knowledge are given by Him.


Last but not least...

4) ask for your parent's prayer and blessing

always remember that their Du'a is the most prioritize one and be heard by Allah. 

ok, that is all from me... Sis sedih sebab kali ni balik 3 hari before raya disebabkan exam CPRE Requirement Engineering.. sobs.. sobs.. wish me luck! ingat study kerana Allah.. bukan kerana 4 flat yee.. 


PERFUME PARADISE EXCLUSIVE FOR HIM



Assalamualaikum.. cuti-cuti ni teringin la nak buat side income sementara nak masuk U balik. So harap bisnes kali ni mendapat sambutan ramai.. Amiin.. this perfume come with 2 category for her and for him.. yang dekat bawah ni untuk lelaki.. so para lelaki dekat luar sana tak la kempunan sangat sebab diorang pun ada juga perfume..


==================================
💕💕PERFUME PARADISE EXCLUSIVE💕💕
==================================
.
🌹Boleh dibawa solat
🌹Bau wangi seperti aromaterapi minda (bau tidak memeningkan)
🌹Percuma Travel Perfume 10ml bagi setiap set
🌹Kotak dan botol perfume sangat cantik dan ekslusif
🌹Pati yang digunakan 100% original
🌹Perfume original,bukan gred atau tiruan.
🌹Bau 100% sama seperti original jenama antarabangsa
🌹Wangi dan tahan lama lebih 8 jam
🌹Ada 15 wangian yang di inspirasikan dari perfume jenama antarabangsa
🌹Eau De Parfum (EDP) terbukti bau tahan lebih lama.
🌹Harga murah tapi kualiti terbaik
🌹Hilangkan bau badan yang busuk.
.
.
Hanya RM 65 SM / RM 70 SS
💐FREE TRAVEL PERFUME 10ML💐
💐FREE POSTAGE💐


Uols,Fyqa Signature dah keluarkan 10 pilihan wangian untuk perfume for him tau..Nak tahu lebih lanjut tentang setiap wangian??
.
Jom lihat gambar - gambar di bawah
👇👇
.
SEDIKIT INFO PERFUME PARADISE EXCLUSIVE:
🔮 Ada 20 wangian terpilih FOR HER dan 10 wangian FOR HIM (inspired perfume oversea)
🔮 Percuma 10ml wangian yang sama (sesuai dibawa jalan)
🔮 Boleh dibawa solat
🔮 Eau De Parfum (Vaporisateur)
🔮 Natural Spray
🔮 Long lasting
🔮 Kotak cantik sesuai dijadikan hadiah
================================================
10 WANGIAN 'FOR HIM' DI INSPIRASIKAN DARIPADA JENAMA ANTARABANGSA:
================================================
.
👨FOR HIM:
🎩Z-51-M Inspired by Desire Blue by Dunhill
🎩Z-52-M Inspired by Unforgivable by Sean John
🎩Z-53-M Inspired by 212 Ice by Carolina Herrera
🎩Z-54-M Inspired by Cool Water by Davidoff
🎩Z-55-M Inspired by Star Walker by Mont Blanc
🎩Z-56-M Inspired by BLV by Blvgari
🎩Z-57-M Inspired by Polo Red by Ralph Lauren
🎩Z-58-M Inspired by Acqua Di Gio by Giorgio Armani
🎩Z-59-M Inspired by Legend by Mont Blanc
🎩Z-60-M Inspired by Icon by Dunhill
.
🔥🔥HOT DEMAND (FOR HIM):
👔Star Walker
👔Legend
👔Unforgivable
.
===========
Anda berminat?
===========
📲 PM/Whatsapp +6017-5301308 untuk order/details.
.







PERFUME PARADISE EXCLUSIVE FOR HER



Assalamualaikum.. cuti-cuti ni teringin la nak buat side income sementara nak masuk U balik. So harap bisnes kali ni mendapat sambutan ramai.. Amiin.. this perfume come with 2 category for her and for him.. yang dekat bawah ni untuk perempuan.. 

==================================
💕💕PERFUME PARADISE EXCLUSIVE💕💕
==================================
.
🌹Boleh dibawa solat
🌹Bau wangi seperti aromaterapi minda (bau tidak memeningkan)
🌹Percuma Travel Perfume 10ml bagi setiap set
🌹Kotak dan botol perfume sangat cantik dan ekslusif
🌹Pati yang digunakan 100% original
🌹Perfume original,bukan gred atau tiruan.
🌹Bau 100% sama seperti original jenama antarabangsa
🌹Wangi dan tahan lama lebih 8 jam
🌹Ada 15 wangian yang di inspirasikan dari perfume jenama antarabangsa
🌹Eau De Parfum (EDP) terbukti bau tahan lebih lama.
🌹Harga murah tapi kualiti terbaik
🌹Hilangkan bau badan yang busuk.
.
.
Hanya RM 65 SM / RM 70 SS
💐FREE TRAVEL PERFUME 10ML💐
💐FREE POSTAGE💐
.
==) Berminat untuk mencuba??
PM/WHASSUP +6017-5301308 SEKARANG!!










FEEDBACK PERFUME PARADISE NI SEMUA KATA WANGI DIA TAHAN LAMA!!!





hah.. so.. kalau nak order boleh whatsapp number ni +6017-5301308  sekarang !!!


Photoshop Tutorial : Disintegration Image (Glass Crack)


Assalamualaikum.. 

Ni first time aku buat tutorial photoshop dekat blog.. sebab rasa macam nak share macam mana nak buat effect crack ni guna photoshop. 



Things you need : 
- Adobe Photoshop (any version but better CS3 and above)
- an image
- this shattered glass effect - download here
- disintegration brush - download here

FOLLOW THE STEP SHOW IN THE PICTURE

CLICK THE PICTURE TO SEE IT CLEARLY

    







 









FEEL FREE TO FOLLOW THIS TUTORIAL AND ASK ME IN THE COMMENT IF YOU ARE NOT UNDERSTAND







Asasi Sains PASUM

Assalamualaikum..

Update post kali ni aku nak terang serba sedikit la pasal jenis asasi dekat PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA. Disebabkan aku ex-pasum 14/15 so untuk adik2 yang mana bakal melanjutkan pengajian ke peringkat asasi UM boleh la jadikan ni sebagai panduan sebelum masuk nanti sementara tunggu result SPM bulan 3 ni kan..


Bangunan PASUM.. disebabkan aku dah delete gambar tu.. ambil dari insta aku ja balik.. 


Sebelum ni ada banyak la juga adik2 pm aku tanya pasal asasi sains UM ni..  asasi UM adalah salah satu pusat asasi yang terletak dalam Universiti Malaya di tengah bandaraya KL. So tak jadi masalah sangat kalau nak keluar sebab transport senang nak cari plus dekat dengan LRT dan Midvalley.. haha.. eh melalut pula.. 

Ok.. asasi ada 3 actually.. but asasi sains ada 2 ja.. asasi sains fizikal dan asasi sains hayat.. satu lagi asasi alam bina..

ASASI SAINS FIZIKAL

Aku dulu ambil asasi fizikal la.. sebab masa sekolah dulu ambil sains IT.. which I studied IT, Physics, Chemistry and Addmath as additional subjects.. so I didn't study for biology since in form 4... don't ask me about that subject.. haha.. 

Subjek yang korang akan belajar nanti masa asasi adalah:-

Sem 1
- physics 1 & 2
- chemistry 1 & 2
- vector
- Science Computer 1
- Algebra
- Calculus
- IT
- English for muet

Sem 2
- physics 3 & 4
- chemistry 3 & 4
- engineering math
- Science Computer 2
- Algebra and Calculus ( campur sekali.. haha..)
- Probability and statistic
- Self development (jati diri)
- English for muet

So total 10 subjek untuk satu sem.. tapi jangan risau.. boleh survive laa.. insyaAllah kalau ada usaha boleh berjaya.. yang mana lepasan asasi fizikal kebanyakkan sambung engineering ataupun ambil degree in science..

ASASI SAINS HAYAT

Subjek lebih kurang ja ngan fizikal sebenarnya.. cuma ada biology gantikan science computer..

Sem 1
- physics 1 & 2
- chemistry 1 & 2
- biology 1 & 2
- Algebra
- Calculus
- Jati diri
- English for muet

Sem 2
- physics 3 & 4
- chemistry 3 & 4
- biology 3 & 4
- Algebra and Calculus ( campur sekali.. haha..)
- Probability and statistic
- IT
- English for muet

Sama ja kan?? Haha.. cuma korang kna struggle untuk biology je.. budak fizikal more to math sebab banyak kot math diorang.. haha.. 

ASASI ALAM BINA

SEM 1 
- Statistic & Probability
- Principle of Economy
- Introduction to Management
- Environmental Studies
- Graphic Communication
- Architectural Drafting

SEM 2 

- Accounting and Financial Management
- Introduction to Construction Technology and Materials
- Introduction to Malaysia Legal System
- Built Environment
- Art
- Basic Design

Untuk asasi ni aku tak pro sangat.. tapi yang pasti kalau korang masuk asasi ni korang akan diserap masuk terus ke degree alam bina UM.. but make sure pointer atas 3.0 kalau tak maybe akan dihantar ke fakulti sastera.. kalau nak tukar U ada procedure but aku x tahu macam mana.. kena tanya pihak Universiti..

ETIKA PEMAKAIAN

Pemakaian untuk kuliah dan kelas tutorial kena pakai pakaian yang formal macam baju kurung untuk perempuan dan baju kemeja berkolar dan bertali leher untuk lelaki..

Tapi rileks je.. aku pun ada je pakai jubah dan kebaya ke kelas.. haha.. nak pakai skirt labuh dan blouse pun boleh asalkan sopan.. kasut kena bertutup.. 

Jadi kepada adik2 dekat luar sana.. jangan takut nak apply asasi UM.. lecturer semua sporting.. x makan orang aih.. mana yang takut nak apply sebab kata asasi ni susah la apa.. belum cuba belum tahu.. aku ingat lagi masa nak masuk dulu kena buat medical check up.. bila doktor tu tengok surat tawaran aku.. 

dia kata-" dekat mana pun belajar.. jangan putus asa.. kalau rasa nak lemas sekalipun berenang la sebaik mungkin.. jangan sampai kita lemas.."

So..  jangan pernah rasa putus asa walaupun macam mana susah sekalipun cabaran yang datang.. usaha sebaik mungkin sebab hasil yang kita akan dapat mungkin akan lebih besar dari usaha kita..

Chaiyok adik2 semua.. kalau akak boleh survive setahun asasi dekat situ mesti adik2 pun boleh.. now I have continue my studies for Bachelor of Software Engineering in Universiti Malaya.. under FACULTY OF SCIENCE COMPUTER AND INFORMATION TECHNOLOGY. Next time I'll make a post about my current studies.. kalau ada apa2 nak tanya boleh pm fb.. nak komen sini pun boleh tapi takut akak tak perasan pula.. tapi jangan risau.. akak ni akan jawab je soalan korang.. akak x makan orang pun.. haha..


Nah belanja korang gambar-gambar yang berkaitan.. jemputlah masuk PASUM ye adik2..

PASUM

Bukit Simen

Tasik Varsiti

Exam Hall.. besar wei..

Me- yang paling kiri.. and my lovely roomates masa PASUM

Lab yang paling kelam kabut.. haha.. 

Terima kasih kerana sudi membaca blog miss1826.. 







HANYA GERHANA BUKAN TERBENAMNYA MATAHARI


Assalamualaikum

Rumusan dibuat daripada buku Al-Muntalaq hasil pena Muhammad Ahmad Al-Rasyid

BAB 2 : HANYA GERHANA BUKAN TERBENAMNYA MATAHARI


    Da’i Islam enggan tunduk kepada penipuan
-       Penipuan boleh diakatakan sebagai fitnah dari musuh-musuh Islam.
-       Lalu, para da’ie mula menyuarakan pendapat mereka, dengan berdakwah ke jalan Allah.
-       Namun segelintir masyarakat masih leka dan tidak mengendahkan paandangan tersebut.
-    Lalu menyebabkan para da’ie mula ragu-ragu terhadap dakwahnya. Namun hakikatnya mereka sedar mereka sudah lakukan yang terbaik.

Da’i tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan manusia
-     Walau sehebat mana pun dugaan yang datang, dikeji atau dihina seorang da’i haruslah bersabar dengan ujian tersebut dan jangan sesekali berputus asa.
-     Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”
-       Kewujudan angkatan Islam menyempurnakan keseimbangan makhluk, tanpanya goyahlah alam ini.

Wujudnya dakwah Rabbani satu kepastian
-       Walaupun diserang oleh musuh islam dakwah haruslah sentiasa ke depan. Tidak akan putus.
-      Ia umpama matahari,bulan, bintang-bintang, graviti, air dan udara yang membentuk sebahagian dari hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Jika tidak, tentulah akan berlaku kiamat.
-   Namun, kenyataan bahawa kewujudan dakwah adalah sebahagian dari sunnatullah hanya dapat dilihat oleh pemilik hati yang salim, sama sebagaimana graviti hanya dapat dilihat oleh orang yang berpelajaran.

Ustaz Hassan al-Hudhaibi berkata :
“Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia mempunyai agama ini. Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah dan agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu dihayati oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu.”

Sesungguhnya Islam telah turun ke bumi pada masa yang ditetapkan
-       Kedatangan Islam telah mengubah corak hidup manusia dimana dari jahiliah keraha manusia yang berpegang kepada prinsip kehidupan yang benar.
-       Tidak kira lah ada yang menolak atau menerima namun kedatangan Islam merupakan satu sejarah yang amat besar belum pernah terjadi di dalam sejarah manusia satu peristiwa atau berita yang meninggalkan kesan dan pengaruh sebagaimana pengaruh dan kesan yang ditinggalkan oleh Islam.


Islam telah membentuk banyak nilai dan tasawwur
-       Islam telah menanam sistem dan kaedah yang berlandaskan syariat dan ketentuan Allah.
-  Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam tidak menyangka bahawa Islam dapat mengubah senario dunia dan mengalih perjalanan sejarah kearah jalan yang ditentukan oleh Allah.
-       Ia juga menghubungkan hati, jiwa dan realiti manusia.

Penerimaan Islam masa kini sama seperti awal kedatangan Islam
-    Umat Islam sekarang tidak memikirkan apa kesan kedatangan Islam sehingga mereka sendiri melihat bahawa keharmonian hidup mereka sebenarnya dating dari Islam itu sendiri.
-       Mereka tidak memikirkan kebenaran yang tersembunyi padanya sehingga mereka tidak memahami ianya adalah salah satu aspek kebenaran yang tersembunyi di binaan alam ini.
-     Umat Islam sekarang tidak mengenali hakikat peranan  mereka dalam Islam dulu, sekarang dan akan datang.
-       Oleh itu, pentingnya dakwah agar masyarakat Islam sekarang sedar akan peranan masing-masing.

Pengasingan Islam umpama gerhana matahari
-       Gerhana matahari adalah sesuatu yang sementara.
-     Begitu juga dengan pengasingan Islam. Mungkin kita akan berkata alam akan rosak tanpa Islam namun ia hanya sementara sepertimana gerhana.
-    Maka begitulah juga sikap orang yang hidup hatinya. Dia faham bahawa penyingkiran Islam dari kekuasaan adalah suatu kejadian dahsyat dan luarbiasa, namun ia tidak bererti tenggelamnya Islam.
-     Wujudnya jemaah yang mendukung al-haq membuktikan bahawa Islam akan kembali semula ke pentas dunia.
-       Oleh itu, mereka yang lari dari Islam akan kembali semula kejalan Allah.

Islam telah mengambil alih tampuk kepimpinan dunia berpandukan al-Quran
-       Al-Quran telah membentuk satu tasawwur baru terhadap umat manusia agar dapat mengenali alam ini , nilai-nilai serta sistem yang berlandaskan Islam.
-  Kemudian berlaku malapetaka penyingkiran Islam dari kehidupan manusia. berlaku perang pemikiran terhadap manusia. manusia yang berfikir secara materialisme.
-       Namun ia tidak mematahkan semangat para da’i untuk membuka semula mata mereka agar mereka sedar bahawa mereka sedang hanyut di serang oleh jahiliah.
-  Sesungguhnya kedatangan Islam mengubah manusia dari menghambakan manusia kepada menghambakan diri kepada Allah. Jika kita taat kepada Allah nescaya kita akan mengikut segala perintah dan menjauhi laranganNya sahaja. Bukannya membuat sesuatu perkara kerana manusia semata-mata.

Akidah Islam memandu manusia ke jalan yang benar
-       Manusia akan menderita, gelisah dan kelam-kabut jika tidak berpegang pada akidah Islam.
-       Sebagai contoh- zina akan berleluasa, akhlak dan moral semakin runtuh tanpa memegang akidah Islam
-   Akidah Islam member jawapan diatas segala masalah yang berlaku di muka bumi ini akibat segelintir masyarakat yang tidak langsung mempedulikan prinsip asas akidah Islam.
-    Oleh itu, akidah Islam adalah asas dan tiang seri kepada Islam, tanpanya manusia akan kembali semula ke alam jahiliah.