Don't angry but forgive..

Assalamualaikum...

I rather being silent when I have problem..
Sebab kalau aku cakap maybe aku akan sakit hati..  Maaf..  Just forgive what people did to you.. Tak guna nak simpan dendam dan marah sebab kita yang akan sakit..  Dia bahagia kita merana..  For what right??

Kalau sakit hati dan marah..  Istighfar.. Ambil wuduk..  Baca Al-Quran..  Doa..  Mengadu pada yang Esa..  Dia Maha Mendengar..  Tak perlu kita lepaskan marah di laman sosial.. Tak perlu.. Sebab orang akan pandang kita bukan orang yang kita marah..  People may think that we don't have any attitude..

Maruah??  Jaga maruah jaga akidah..  Tambah-tambah muslimah...  Tak manis dipandang jika kita mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan...  Even you are angry with that person..  Just talk face to face to her or him..  Maybe they can accept your advice..  Forgive people.. Itu lah apa yang Nabi Muhammad S. A. W lakukan... Walaupun banyak dugaan ditimpa.. Namum baginda masih memaafkan orang yang menghinanya..  Menkejinya..  Itu Rasulullah yang maksum..  Apatah lagi kita umatnya...  Wallahualam..

cuti sem 1

Assalamuaikum...

Alhamdulillah.. exam pun dah habis.. cuti sem pun dh seminggu berlalu... lagi seminggu je lagi nak duduk dekat rumah.. then nak kena balik UM dah..

Exam haritu Alhamdulillah.. even ada soalan yang tak boleh jawab still aku syukur sangat sebab Allah permudahkan segalanya.. beri aku kekuatan sepanjang minggu exam dengan sakit yang teramat sakit... Alhamdulillah..



2 minggu cuti.. aku cuba untuk luangkan masa aku untuk benda yang berfaedah. Tak lupa juga mutabaah.. niat sebelum balik cuti nak revise tajuk2 untuk sem 2. So, harap boleh habiskan.. tapi.. study2 jugak. Masa kita dengan Allah jangan kita lupa.. guide our iman.. InsyaAllah if we remember Allah.. Allah will remember us..

Allah berfirman dalam ayat 152 surah al-Baqarah:-
Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkariKu.

Indahkan hari kita dengan Islam.. insyaAllah...

final sem 1 exam #4 #5 #6


Assalamualaikum.. hari ni bagi combo 3 dalam 1...haha..  semalam tak larat nak update..

Part #4
Exam BI.. first time exam smpai 5 jam dalam exam hall.. sakit pinggang kot.. even dia bagi 30 minit gap.. still rasa penat sangat.. dan aku rasa listening test aku macam teruk ja.. hoho..

Part #5
Exam calculus. Pergh.. sangat2.. tak tau nak cakap apa..

Part #6
Hari ni vector.. wuu. Alhamdulillah.. setakat ni boleh jawab soalan vector.. mesti korang pelik kan.. asal banyak sangat exam aku.. haha.. ni nak habaq.. asasi sains fizikal dekat UM  ni ada 8 subjek... physic 1 &2, chemistry 1&2, algebra , calculus , vector , computer science dan satu lagi tambahan English for Muet. Dah habis 7 paper.. lagi 2 lagi physic 2 dan chemistry 2 ja. Ohoo.. pastu balik rumah!!!!

final sem 1 exam #3

Assalamualaikum.. haha.. lega... ringan sikit otak ni lepas dah habis 4 paper.. ada lagi 5 paper lagi.. huhu.. minggu depan killer subject.. omoo...

Tadi kimia 1 dan science computer Alhamdulillah.. boleh la jawab walaupun ada soalan yang main hentam juga janji aku tak tinggal kosong.. kan.. walaupun aku tau formula tu salah..haha..

X pa nadia.. ada lagi kimia 2 ngan fizik 2.. pulun yang tu ok.. insyaAllah.. Allah akan bantu kita kalau kita usaha dan bertawakal kepadaNya.. amiin.. pray for me..

Mood: mengantuk.. semua orang dah tido.. aku ja yang dok tercangak lagi.. esok nak kena study balik kimia 2 ngan fizik 2..

Dan... yang happy nya.. minggu depan balik!!!! Wee... cuti 2 minggu dan aku dapat buat muet kat skolah aku.. hoho..




final sem 1 exam #2

Assalamualaikum..
Woah... tak ku sangka exam algebra aku macam... huhu..

Walaupun.. tetiba aku sayang en.Ismail sebab bagi formula dalam soalan tapi still why I can't answer it.. haish..

Aku baru perasaan yg aku still ada 7 paper lagi termasuk BI.. hoho..

Mood: esok kimia + science comp.. and aku tak habis study lagi... so... jangan menangis ya nadia bila jawab exam esok.. sebab subjek esok adalah subjek yg paling hantu.. kimia.. kimia... kimia.. hoho...


final sem 1 exam #1

Assalamualaikum...

Biarkan gambar berbicara..

Mood: lega sebab physics 1 tadi banyak masuk soalan tutorial berbanding past year yg susah gila..

Next exam : algebra..


final sem 1 exam!!

Assalamualaikum...
Lama sangat tak update blog.. sebab yang pertama- my laptop dah dihantar pulang sebab aku malas sangat nak bayar duit sewa untuk laptop ni kat kolej aku ni.. yang kedua- sibuk study.. sampai kaki tak sempat jejak tanah...


Final oh final. Minggu depan ja nak final dah...

nak tahu result mid sem aku. Alhamdulillah.. ok.. chemy yang agak.... tak tahu nak kata apa... sebab aku memang lemah sangat subjek ni dari skolah lagi..

So.. preparation untuk final.. of course la time study week ni.. pulun gila study.. but dalam study jangan lupa tanggungjawab kita kepada Allah.. solat jangan tinggal.. time ni la kita nak minta banyak2 pertolongan dari-Nya.. insyaAllah.. moga apa yang kita minta Allah akan tunaikan.. amiin..

Doakan aku untuk final ni.. hope I can still be the PASUM's student for sem 2.. amiin..

4.21pm - jom solat asar..

SALAM AIDILFITRI DARIPADA MISS 1826

Assalamualaikum..

        So, semalam pergi shopping raya dengan family. Gembira toksah kata la.. happy sangat-sangat sebab dapat spend time ngan family. Even cuti seminggu ja pastu exam, so, I'll use my time wisely with my family. Raya tu raya jugak ya Nadia, study jangan lupa.. exam mid sem 1 penting juga even carry mark only 20%.

        Esok dah nak raya!!!! so, how your preparation?? baju raya dah siap ke belum?? kuih raya dah siap ke belum? tahun ni mak Miss tak buat kuih raya la. huhu.. sedihnya.. nak makan kuih Denmark yang mak buat. Pastu abah boleh plak kata : kalau hampa nak makan kuih raya pi buat sendiri... ceih.. bila aku sentuh dapur maknanya hangit la kuih tu.. haha..

      Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma... Miss ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam dan para sahabat blogger..  Sebagai insan yang lemah dan tidak lari dari membuat kesilapan, Miss menyusun 10 jari memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan keterlanjuran tutur bahasa sepanjang Miss di dalam dunia blogger ni...







     


Happy 18th birthday..


Assalamualaikum..

Semalam pukul 9 pagi baru sampai Penang.. Penat oi.. first time balik raya dari tempat jauh.. 5 jam dalam kereta sebab balik dengan mak cik... rindu sangat-sangat kat rumah dah 2 bulan tak balik duduk kat UM tu.. balik terus peluk mak.. huhu.. rasa macam nak nangis ja time tu..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk untuk hidup dimuka bumi Allah selama 18 tahun.. alhamdulillah..

Terima Kasih kepada yang bagi ucapan sempena birthday Miss dekat fb mahupun insta.. dan thanks mr.google.. haha..






pelajar yang muslim vs muslim yang belajar



Assalamualaikum..

dan selamat pagi.. Alhamdulillah Allah beri kita kesempatan untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Allah berikan kita kesempatan untuk jadi seorang muslim yang berjaya pada hari ini..  untuk meneruskan ibadat kita..

Hari Rabu (25/6.2014), aku ada pergi dengar forum dekat auditorium... tajuknya macam yang diatas iaitu pelajar yang muslim vs muslim yang belajar..

Forum ni terdiri dari tiga panel dan seorang pengacara majlis dimana salah seorang dari 3 ahli panel tu akak yang aku selalu ikut halaqah dia kat surau..

ok. Apa itu Pelajar yang muslim dan muslim yang belajar??? Adakah maksudnya sama atau berbeza??

Semua umat islam yang belajar itu muslim.. tapi adakah kita ingatkan Allah sambil kita belajar?? adakah kita hanya sekadar belajar 24 jam tetapi masa kita dengan Allah kita lupakan?? itulah yang membezakan pelajar yang muslim dengan muslim yang belajar..

kadang-kadang denga kesibukkan kita study, kita lupa yang masa kita untuk beribadat semakin berkurang.. semakin sikit.. jangan  kita rasa dengan usaha sahaja kita akan berjaya. Kita lupa bahawa selama ini kita berjaya atas doa ibu bapa. Doa orang yang terdekat dengan kita.. Jangan kita berasa bangga, takbur dengan kejayaan kita kerana kita hanya berusaha tetapi yang membantu kita adalah Allah S.W.T.

Jadilah muslim yang belajar.. Disamping kita sibuk belajar kita masih dapat membahagikan masa kita untuk beribadat..

Surah Al-Muzammil, ayat 6: 
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaanya.

Maksudnya jika kita sibuk pada waktu pagi, cuba kita dekatkan diri kita kepada Allah pada waktu malam. sesungguhnya ibadah pada waktu malam lebih khusyuk.. akan tetapi pada waktu pagi juga kita boleh bahagikan masa kita untuk beribadah..

Surah Al-Muzammil, ayat 7:
(kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.


Bagi sesetengah pihak, mereka memandang perkara ini sebagai remeh... Namun kita lupa yang semakin terpesong dari jalan-Nya.. Jadilah Muslim yang belajar bukanlah pelajar yang muslim.. InsyaAllah..


11:14
-tengah siapkan tuto-
-doakan admin dapat jawab test minggu depan-

bogosipda


Assalamualaikum..
Annyoung.

Amboi kau.. ber 'korean' pula nah.. haha.. mentang-mentang ada kawan satu tuto nak pi fly ke korea.. kita pulak yang terlebih excited.. haha..

ok.. bogosipda tu maksudnya I miss you..

serius aku rindu... nak balik rumah... nak jumpa kawan-kawan sekolah.. nak jumpa 'crush'.. opss.. terlepas pula..

most of all.. aku rindu mak aku.. actually aku memang tak suka nak call mak aku bila duduk dekat UM ni sebab kalau aku call automatik ada kolam dekat mata ni.. haha.. sayu ja dengaq suara mak tu..

then rindu si budak safiy gendut.. haha.. rindu nak cubit perut dia tu.. entah apa jadi kat dia pun tak tau la..


apa pun lagi sebulan ja nak tunggu balik raya ni..maklum la.. dok Penang ingat senang ka nak balik oi.. Jealous ok tengok orang yang duduk dekat-dekat balik rumah setiap minggu..

to :  Khaireen.. nanti pi korea jangan lupa minta autograf lee kwang soo.. haha..  best wei.. bila la nak smpai turn aku plak kan..



group tuto BF3

hari first kuliah


Assalamualaikum..

wah!!! ok, first time kuliah hari ni. For the first two weeks agak relax sikit sebab tiada kelas tutorial dan amali (lab) . Malam ni tiba-tiba rajin nak update..sebab tak tau nak buat apa.. tuto pun tak dak lagi nak buat..

So, kuliah start pukul 9 sampai pukul 1 tengah hari untuk hari isnin.. Esok pula start awal pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Then rehat jap smpai pukul 2 baru smbung balik..

lecture untuk subjek computer science : Mr. Z
Gempak gila prof ni.. memang dalam bilik kuliah tu asyik dok gelak ja.. serius tak mengantuk la sangat...

lecture for chemistry : dr. Mazdida Sulaiman
Prof Mazdida pernah jadi interviewer aku masa interview haritu dekat Hotel Ragency. 

Lecture for Mathematics ( vector ) : Dr.Faridah Ibrahim
Comel je aku tengok Prof ni.. suara pun comel. tapi masa take 5 tu aku tertidur kot.. haha.. ngantok sangat..

Lecture for Physics : Dr. Fakhrul
Professor muda yang dah dapat PhD.. memang gempak le kan.. hensem pun hensem.. tapi kan... why aku belajar addmath dalam physics ni???? haha.. memang untuk matrik or asasi akan jadi macam ni.. tiba-tiba keluar subjek circular motion dalam physics.. dah la lama tak tengok benda-benda ni..

So,esok??? hope aku boleh tahan duduk dalam auditorium yang sejuk macam kat kutub utara dah tu.. haha.. Good night!!


Minggu Haluan Siswa 2014 Universiti Malaya (MHS14)


Assalamualaikum..



wah.. lama gila tak buka blog.. serius rindu nak blogwalking. Tapi sepanjang minggu Haluan Siswa ataupun orientasi bagi pelajar PASUM ni memang tak dak masa langsung aku nak buka blog segala.. ok.. mai KL aku punya loghat penang hilang trus.. haha..

Ok.. berbalik kepada tajuk diatas... Kami pelajar Pusat Asasi Sains UM( PASUM ) batch 2014/2015 telah menghadapai minggu yang sangat padat dengan aktiviti yang menarik (ok, tak sangat sebab banyak aktiviti dibatalkan termasuk explorace..) selama 5 hari start hari isnin 26 Mei sampai 30 Mei.

Serius penat gila kot.. minggu haluan siswa adalah minggu kami jalan kaki ja dari kolej kediaman 12 ke dewan tuanku cancelor (DTC). Nak pi PASUM pun kena lintas jalan then panjat bukit.. nak pi dewan peperiksaan kena naik bas. hah, besaq gila UM ni ye..


Dewan Tuanku Canselor.. masa first time aku sampai kat sini.. aku rasa macam kenapa bangunan ni tak dak cat.. simen ja.. tapi sebenarnya bangunan ni bersejarah... 


tapi jangan pandang luaran je.. dalamanye cantik kot.. dekat sini la kami akan Graduate after Degree nanti..
Gambar ambil dekat internet sebab aku tak sempat nak tangkap gambar satu dewan ni..


24 Mei

Hari pendaftaran untuk kolej kediaman pelajar PASUM asasi sains fizikal.. so, aku dapat bilik aras 1.. wifi laju gila.. sambil baring atas katil pun boleh online kat sini.. tapi kalau duduk aras lagi tinggi wifi slow sikit. haha..


kolej kediaman 12 a.k.a kolej kediaman Dr. Nazrin Shah. ada tasik kat tengah-tengah tu..

25 Mei

Pelajar asasi sains hayat plak daftar.. aku? tidoq dalam bilik le.. haha.. penat sangat kemas barang.. lupa nak habaq.. roomate aku orang Seremban. Nama Hidayah.. macam nama kakak aku dah.. so, aku panggil dia Dayah.. 

26 Mei

baru nak daftar PASUM.. kiranya hari sabtu tu kami just check in bilik.. hari isnin baru nak serah semua dokumen penting.. but aku still tak lengkap lagi sebab medical check up tak lengkap.. nanti nak kena cari PPUM kat mana.. dengar kata kena naik bas pergi PPUM.. hoho.. awat la besaq sangat UM ni oi..

27 Mei - 29 Mei

Sepanjang MHS 2014 ni pagi memang kami duduk dalam DTC ja dengar taklimat bagai.. taklimat subjek pa semua.. malam kami buat LDK.. belajar Sub PASUM.. sub tu macam cheers la.. banyak kot.. SUB PASUM TIGER, tarian Xi Shua Shua, tarian Gummy Bear dan macam2 lagi..

30 Mei

Malam penutup MHS 2014 tak berapa nak meriah sebab semua persembahan dibatalkan arahan dari Pengarah UM diatas kemangkatan bekas cancelor UM Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Jadi malam tu kami batalkan aktiviti persembahan untuk menghormati kemangkatan baginda sultan..

So, tamat la MHS 2014 kami.. penat semua ada.. phone langsung tak boleh pegang masa dalam dewan.. keluar dari dewan baru boleh buka.. balik bilik baru online le.. wifi pun laju.. haha..

hari sabtu tu aku dan kawan sekolah aku pi Midvalley.. ronda2 dalam tu sampai sesat tak jumpa jalan keluar.. haha... besar sangat kat dalam tu.. tapi nak pi Mid tak jauh pun.. tak sampai 10 minit naik teksi. tambang pergi balik baru RM12.. Dekat UM bebas nak outing bila.. nak balik pukul berapa diorang tak kisah.. jangan tak balik-balik sudah.. Tapi yang pasti aku kalau nak kluar Mid pun bila nak beli barang ja.  Kalau nak lepak memang tak dah le.. Sebab barang dekat UM memang mahal. so kakak senior semua kata suruh beli barang dekat Midvalley.. murah sikit dari UM..

InsyaAllah kalau ada masa lagi nanti aku update.. 

p/s : Aku dapat kelas fizikal 1.. sama dengan roomate la.. huhu..

Maaf penggunaan kata Aku kepada bloggers yang lebih dewasa..



Last meeting with them..


Assalamualaikum..

So, hari ni hari last nak duduk rumah, guling-guling atas katil.. huhu.

Esok - bertolak ke KL.. say bye to Penang and Hye KL!!

Semalam (21/5/14), aku, dalilah dan liana decide nak jumpa sebelum masuk U nanti..

Dalilah dapat masuk Matrikulasi Kelantan dan Liana rasanya dia nak pi KPM dekat Johor..

Semua bakal membawa haluan masing-masing dah.. 

Then, pi foodcourt belakang sekolah... nampak 'crush' aku kat situ (haha, crush?? hurm.. x kot.. )
tapi aku tak berani nak pi kat dia.. so, biarkan dia ngan hidup dia lepas ni.. Dia dapat sambung belajar dekat Uitm Puncak Alam in asasi kejuruteraan.. hoho.. kau memang layak untuk course tu.

punya pusing satu skolah jumpa cikgu-cikgu kesayangan, but sedih jugak sebab cikgu fizik, kimia ngan ict kami semua dah pindah.. kalau ada lagi memang aku sembang sakan ngan diorang.. cikgu yang paling sporting ngan kelas kami.. 

To : Crush.. aku rasa aku still suka kat hang but aku still pegang dengan prinsip aku = love study before you love somebody. Apa-apa pun aku akan pentingkan pelajaran aku dulu.. huhu.. after that terserah la siapa jodoh aku... (Sebenarnya malas nak fikir pasal cinta-cinta ni... waste time right??)

Jujurnya aku  tak pernah couple sepanjang hidup aku... rasa tak ingin pun nak couple.. haha..

Eh.. aku melalut plak banyak-banyak kat sini..


Back to our story.. I will miss all my friends so much after this.. great to have them as my friends.. hoho..


dally, liana belajaq elok-elok tau kat sana nanti.. Ingat aku sama.. Love you so much.. 


p/s: Miss bakal menjejak kaki ke Universiti dan bakal digelar pelajar PASUM selepas ini.. Doakan Miss dapat berjaya dimasa akan datang... mungkin ini adalah last post sebelum bertolak ke UM.. Maafkan Miss jika sepanjang Miss berblogging ni ada tersalah kata dan bicara..




Preparation to UM


Assalamualaikum..

sedar tak sedar lagi kurang dari seminggu ja lagi nak kena bertolak ke UM dah. Perjalanan yang memakan masa 6 jam lebih dari Penang nak ke KL.. huhu.

So, my family decided to go there on Friday and stay at my aunt's house. Then, saturday's morning baru nak pi daftar. Dapat kolej kediaman 12. Diorang kata kolej tu baru and dekat dengan PASUM.. hoho..

Penat wuuu nak prepare macam-macam benda dari atas sampai bawah..

benda yang dah settle:
- buat medical check up
- buat akaun bank Islam
- pack baju (1 bagasi kot. besaq plak tu)

yang tak settle lagi:
-beli barang - sabun pa smua
- makanan
- nak pi beli buku rujukan kat kak senior PASUM.. nasib ada kak senior tu senior Miss masa skolah menengah dulu..huhu..

Di sini Miss nak listkan serba sikit barang-barang yang perlu dibawa ke UM (asasi):

pakaian untuk lelaki:

-baju formal (kemeja) untuk ke kelas 
- seluar slack
- tie
- kasut bertutup

Pakaian untuk perempuan :

-baju kurung
-tudung
-kasut bertutup

kelengkapan lain:

-barang mandian (sabun, gosok gigi, syampu dan sewaktu dengannya)
- telekung (girls only, lelaki tak payah galak nak bawak)
- kasut selipar
- kasut sandal (nak pi outing ka makan ka pakai la..)
- tuala mandi
-cadar (bawak la lebih sikit, x kan nak pakai satu ja cadar kot.. huhu)
- Al-Quran dan Yassin bagi pelajar beragama Islam.
-makanan (biskut, milo dan sebagainya. Jangan la bawak maggi, tunjuk sikit kita pelajar yang smart.. x makan maggi. hoho.)

Rasanya tu ja la kot... Miss hanya listkan barang yang important saja disini.. yang lain pandai-pandai fikir nak bawak apa lagi..

Peringatan!!
-anda pergi ke UM untuk belajar selama setahun untuk asasi.. jadi tak perlu rasanya bawak barang macam nak pi dok sana selamanya..huhu... bawak agak-agak berpatutan sudah la...


So, rasanya lepas ni maybe jarang online dah. Tapi InsyaAllah dimana ada wifi disitu Miss akan online, haha. but limit juga la. Nak study lagi kan.. huhu.. 

p/s : kalau nampak banner hello kitty cute dekat blog Miss rajin-rajin la klik ye..  entah berapa lama nak ada benda tu.. mungkin sat ja kot.. kadang-kadang dia ada, then x dak plak..




Selamat Hari Guru.. Terima kasih Cikgu!!


Assalamualaikum..


Sempena tanggal 16 mei ni saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya selama ini. Segala ilmu yang dicurahkan tanpa mengira penat dan lelah, sangat kami hargai..

Jasamu guru tidak ternilai dengan emas permata. Sesungguhnya kami sangat berterima kasih kerana sudi mengajar kami selama ini.

dengan menggunakan tema pada tahun ini, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, menggambarkan bertapa besarnya jasa guru...

Walaupun  dah pun tamat belajar di sekolah, tapi jasa guru tidak akan dilupakan.

Saya bukanlah seorang yang bijak pandai sejak dilahirkan, namun ilmu yang diajar oleh guru telah menjadikan saya seorang insan yang berguna pada masa hadapan.. Terima kasih cikgu yang pernah mengajar saya semasa 1 Alpha, 2 Alpha, 3 Sigma, 4 Delta dan  5 Delta..
dan tidak dilupakan guru-guru semasa sekolah rendah juga.. (tak ingat dah sekolah rendah kelas apa.. huhu.. dh lama sangat tinggal zaman sekolah rendah..)

*kelas chemy terakhir sebelum SPM.. Ckg. Fadzilah


ikhlas daripada bekas anak muridmu :

Nurul Nadia
ex-student of SMK DOB



Selamat Hari Ibu.. Mak..



Assalamualaikum..

Selamat hari ibu untuk ibunda tercinta.. Haslina binti Hassan..


Selamat hari ibu diucapkan.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..

even hari-hari adalah hari ibu, but still today I would like to thanks to you Mak for being the greatest mom of all.. I love you Mak..

Walaupun adik banyak buat salah.. bagi mak marah.. hope mak maafkan adik.. nnti birthday mak adik dah tak boleh nak bagi hadiah sebab time tu maybe adik dah ada dekat U..

mak, adik minta maaf jika adik banyak membebankan mak.. adik tau nak masuk U ni bukan senang.. perlukan duit yang banyak.. 

InsyaAllah mak.. adik akan belajar rajin-rajin kat sana nanti.. Bila adik dah kerja adik balas balik jasa mak.. adik minta maaf sangat jika adik bebankan mak ngan abah.. 

mak jangan risau.. adik boleh survive kat sana..  mak doakan adik berjaya dalam pelajaran k..

Adik sayang mak dan abah..


ikhlas daripada anakmu:
Nurul Nadia



Alhamdulillah..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doa Hamba-Mu..

Dapat jadi one of the PASUM's student..



Hari ni semua pakat dok share la result UPU ye.. anyone yg dapat UM?? kita geng.. huhu.. 



Jenis Makanan di Malaysia..


Amaran : entry bergambar yang akan membuatkan anda lapar.. haha.. bagi yang sedang berpuasa sunat diharap jangan baca.. nnt batal pula puasa... huhu..


Assalamualaikum,,

Seperti yang semua tahu Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang dapat membuatkan para pelancong luar negara terpikat dengan rupa bentuk luaran dan rasanya yang sedap.. huhu.. (lapar pula dah)

So, disini Miss nak buat sedikit review tentang makanan yang sedap hanya terdapat di Malaysia.. omoo.. terliur beb..

  
nasi kandaq : a famous food in Penang.. 


Nasi lemak : dikenali nasi lemak sebab ada santan.. huhu.. Kalau nak tau restoran nasi lemak yang famous kat Malaysia boleh klik SINI


Laksa ( my mom kalau buat laksa boleh habis satu kawah.. haha.. sedap ooo )


rojak buah : buah-buahan yang dipotong dan divcampur dengan kuah rojak.. umph.. memang menjilat jari beb..


Char kuey teow (ok, yang ni memang favourite kakak Miss.. lama tak makan.. )


Roti canai 


Satay : ada satay ayam, daging, kijang dan banyak lagi..

dan kalau nak tau dengan lebih lanjut tentang makanan ni dan tempat yang famous dengan makanan ni boleh klik SINI.

Jom undi untuk Malaysia best Food Award dibawakan oleh Says Food Awards.
Dengan menggunakan OpenSnap App anda boleh membuat undian untuk makanan yang menjadi kegemaran anda.. boleh klik SINI untuk maklumat yang lebih lanjut.




Liebster Award Nomination




Firstly I would like to thanks Sis Iola for tagged me in this Liebster Award Nomination. Recently I found that many blogger had invited to join this award.. but I don’t have much knowledge about this award and thanks to sis Iola for sharing some info..
You can click here for more info about this Liebster Award..


All you need to do is follow the simple rule: 
1. Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2. Answer the 11 questions asked.  
3. Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots potential. 
 4. Create 11 of your own questions for them to answer.   
5. Notify your nominate.





So, here my answer for sis Iola’s question..

1. What is your biggest dream right now and you want to achieve it?
- My biggest dream right now is to further my study in the university. Need to study well and get a better job.. InsyaAllah..
2. How old are you?
- had finished my SPM last year. So, I’m 18 now.. ok.. not yet to avhieve that age because my birthday is on 26\th July.. hehe.. But people always say that I’m still a student because of my height and immature face.. haha..
3. What is your opinion about blogging?
- it is my hobby, my part time work after SPM.. By blogging I can meet new friend all around the country.. and even from the oversea.. huhu..
4. Name your 3 favorite singers.
- too many to list here.. but I really like the singers from korean.. but not k-pop..
5. Do you love to read novels?
- of course I do.. But if I read a novel it can take a week to finish it.. hehe..
6. What is your favourite novel of all?
- my favourite novel that I had read : andai itu takdirnya, anak teruna mak cik rahimah, mangkuk tingkat.. that’s all I think.. the novel that I really love to read is Andai Itu Takdirnya..
7. Do you have pets?
- I do have a pet but it was dead 4 years ago.. huhu.. miss that rabbit very much.. I called him BOBO..
8. What would you name your pet if you have one?
- BOBO… I miss you.. :(
9. Why do you blog?
- To share my stories, make new friend , and so on..
10. What is your aim for your blog?
- To achieve 1826 followers.. hehe.. but I need 1500 more followers to achieve that goal.. haha.. And I’m also like to increase my blog’s traffic since I’m not an active blogger..
11. What do you see yourself in the next 10 years from now?
- Hurmm… A wife and a mom.. hehe.. targeting to get married at 27 or 28 years old after I finished my studies.. InsyaAllah if I meet my future husband one day.. (amboi gatai ye kau… haha)

So, I had decided to choose these person. Most of them have many followers so I decided to choose bloggers which have followers less than 800 that has a lot of potential :


My question are:
1) What is you aiming for your life?
2) What did you do to spent your time?
3) What is your nickname?
4) If you have RM 1 million of money with you, what did you buy with that money?
5) What genre of film and drama that you like to watch?
6) If you are the one of Korean drama lovers, what drama did you like to watch? (mentang-mentang la aku minat drama korea, haha.. Master’s Sun is the best.. daebak!! )
7) What is the embarassing moment that you had been through?
8) List 3 things that you hate the most..
9) List 3 things that you like the most..
10) If you want to travel to oversea, which country would you like to go?
11) What is your future plan?? (hehe, kalau aku nak belajar sampai phD then kahwin, haha.. hope boleh, kalau macam tu andartu la aku nak tggu phD baru nak kahwin..)

p/s : punya la lama aku nak karang idea nak buat soalan + nak cari orang untuk jawab soalan aku yang agak merapu sikit ni.. hoho.. hope ada yang sudi jawab.. nanti dah habis jawab inform kat comment ye..  Sila abaikan sebarang Grammar Mistake kat atas ni ye.. hehe.. Nak try jawab dalam BI juga even BI tak berapa nak OK sangat.. huhu.. Yang mana di tag tu kalau nak jawab dalam BM pun boleh.. it's ok take your time.. 



blog berwajah baru..


Assalamualaikum..

hah.. mesti terkejut tengok blog ni jd putih plak dah.. hehe.

Saja tukar mood nak pakai simple template.. penat tau edit blog ni balik..

haha dah la tak berapa nak expert sangat nak edit simple template ni. Tengok tuto ja..

Thanks to :
Adik faqihah Husni
Wanaseoby
Nabila Medan
untuk tuto yang sangat membantu..


Dan kenapa blog miss nampak simple???

hurm.. the reason is :

I want to get out from my childish world.. haha.. blog sebelum ni agak kebudak-budakan sikit.. so, I decided to change this blog into a matured one.. (ceh, apa yg aku cakap ni.. hentam ja speaking.. haha)

sebelum:



selepas:


simple but I like it.. haha..

p/s: tak publish lagi soalan liebster award dari kak Iola.. sorry ye kak.. dah jawab habis dah soalan tu cuma tengah dok rangka soalan baru pula.. hehe.. 




baru perasan dapat 3 CPUV dh dari Nuffnang..


Assalamualaikum..

hah.. sejak berdating ngan 8share.. nuffnang jarang Miss buka.. tapi still sayang jugak kat nuffnang.. hehe..

Biasa la kan.. blog tak brapa nak famous.. CPUV pun ciput je.. baru dpt 3 dari nuffnang..


so, kalau rajin klik le iklan nuffnang kat blog ni.. bila dah klik inform Miss dekat chatbox.. nnt Miss klik balik dkat blog korang.. 

hurm.. kadang-kadang jeles gak tgk ramai blogger yg dpt banyak CPUV.. hehe.. but it's ok.. nuffnang still sudi nak bg CPUV kat blog yg x seberapa ni.. Thanks Nuffnang..

Gathering with deltarians...


Assalamualaikum...

Post kali ni bergambar.. so enjoy the show.. haha..

Tarikh : 27 April 2014
Tempat : Rumah Liana
Masa : 3 petang hingga 6 petang

Tak ramai yang dapat mai.. ada yang kena PLKN.. ada yg pi UPNM... hebat tak yang pi UPNM tu kawan Miss yang perempuan...



Tukang kipas ayam BBQ.. haha.. Kami perempuan makan je..


Pedon kena marah ngan Liana.. ok tak pun actually.. Pedon saja tutup muka.. tapi nampak macam dia kna marah ngan Liana.. ni Pedon nak pi cabut daun serai.. last-last tak jadi.. haha..


Kanak-kanak ribena berebut mempelam..


Tadaaaa.. cicah buah pelam.. omoo.. sedap gila.. dh lama mengidam nak makan pelam...


Me yang duduk tengah tu.. hehe..





I look very small in this picture.. haha.. actually I am shorter than them.. 

Gonna miss this moment... lepas ni dh x boleh nak gather ramai-ramai dah... nak buat gathering ni pun ambik masa juga nak plan.. Really great to have them as my friends... for almost 2 years we stay in a same class.. many attitudes, many words, many things I learned from them.. they are the best one of all...


SUNSET... hehe.. gambar sekadar penyejuk mata.. Tangkap gambar ni waktu dalam kereta nak balik rumah...