Last meeting with them..


Assalamualaikum..

So, hari ni hari last nak duduk rumah, guling-guling atas katil.. huhu.

Esok - bertolak ke KL.. say bye to Penang and Hye KL!!

Semalam (21/5/14), aku, dalilah dan liana decide nak jumpa sebelum masuk U nanti..

Dalilah dapat masuk Matrikulasi Kelantan dan Liana rasanya dia nak pi KPM dekat Johor..

Semua bakal membawa haluan masing-masing dah.. 

Then, pi foodcourt belakang sekolah... nampak 'crush' aku kat situ (haha, crush?? hurm.. x kot.. )
tapi aku tak berani nak pi kat dia.. so, biarkan dia ngan hidup dia lepas ni.. Dia dapat sambung belajar dekat Uitm Puncak Alam in asasi kejuruteraan.. hoho.. kau memang layak untuk course tu.

punya pusing satu skolah jumpa cikgu-cikgu kesayangan, but sedih jugak sebab cikgu fizik, kimia ngan ict kami semua dah pindah.. kalau ada lagi memang aku sembang sakan ngan diorang.. cikgu yang paling sporting ngan kelas kami.. 

To : Crush.. aku rasa aku still suka kat hang but aku still pegang dengan prinsip aku = love study before you love somebody. Apa-apa pun aku akan pentingkan pelajaran aku dulu.. huhu.. after that terserah la siapa jodoh aku... (Sebenarnya malas nak fikir pasal cinta-cinta ni... waste time right??)

Jujurnya aku  tak pernah couple sepanjang hidup aku... rasa tak ingin pun nak couple.. haha..

Eh.. aku melalut plak banyak-banyak kat sini..


Back to our story.. I will miss all my friends so much after this.. great to have them as my friends.. hoho..


dally, liana belajaq elok-elok tau kat sana nanti.. Ingat aku sama.. Love you so much.. 


p/s: Miss bakal menjejak kaki ke Universiti dan bakal digelar pelajar PASUM selepas ini.. Doakan Miss dapat berjaya dimasa akan datang... mungkin ini adalah last post sebelum bertolak ke UM.. Maafkan Miss jika sepanjang Miss berblogging ni ada tersalah kata dan bicara..




Preparation to UM


Assalamualaikum..

sedar tak sedar lagi kurang dari seminggu ja lagi nak kena bertolak ke UM dah. Perjalanan yang memakan masa 6 jam lebih dari Penang nak ke KL.. huhu.

So, my family decided to go there on Friday and stay at my aunt's house. Then, saturday's morning baru nak pi daftar. Dapat kolej kediaman 12. Diorang kata kolej tu baru and dekat dengan PASUM.. hoho..

Penat wuuu nak prepare macam-macam benda dari atas sampai bawah..

benda yang dah settle:
- buat medical check up
- buat akaun bank Islam
- pack baju (1 bagasi kot. besaq plak tu)

yang tak settle lagi:
-beli barang - sabun pa smua
- makanan
- nak pi beli buku rujukan kat kak senior PASUM.. nasib ada kak senior tu senior Miss masa skolah menengah dulu..huhu..

Di sini Miss nak listkan serba sikit barang-barang yang perlu dibawa ke UM (asasi):

pakaian untuk lelaki:

-baju formal (kemeja) untuk ke kelas 
- seluar slack
- tie
- kasut bertutup

Pakaian untuk perempuan :

-baju kurung
-tudung
-kasut bertutup

kelengkapan lain:

-barang mandian (sabun, gosok gigi, syampu dan sewaktu dengannya)
- telekung (girls only, lelaki tak payah galak nak bawak)
- kasut selipar
- kasut sandal (nak pi outing ka makan ka pakai la..)
- tuala mandi
-cadar (bawak la lebih sikit, x kan nak pakai satu ja cadar kot.. huhu)
- Al-Quran dan Yassin bagi pelajar beragama Islam.
-makanan (biskut, milo dan sebagainya. Jangan la bawak maggi, tunjuk sikit kita pelajar yang smart.. x makan maggi. hoho.)

Rasanya tu ja la kot... Miss hanya listkan barang yang important saja disini.. yang lain pandai-pandai fikir nak bawak apa lagi..

Peringatan!!
-anda pergi ke UM untuk belajar selama setahun untuk asasi.. jadi tak perlu rasanya bawak barang macam nak pi dok sana selamanya..huhu... bawak agak-agak berpatutan sudah la...


So, rasanya lepas ni maybe jarang online dah. Tapi InsyaAllah dimana ada wifi disitu Miss akan online, haha. but limit juga la. Nak study lagi kan.. huhu.. 

p/s : kalau nampak banner hello kitty cute dekat blog Miss rajin-rajin la klik ye..  entah berapa lama nak ada benda tu.. mungkin sat ja kot.. kadang-kadang dia ada, then x dak plak..




Selamat Hari Guru.. Terima kasih Cikgu!!


Assalamualaikum..


Sempena tanggal 16 mei ni saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya selama ini. Segala ilmu yang dicurahkan tanpa mengira penat dan lelah, sangat kami hargai..

Jasamu guru tidak ternilai dengan emas permata. Sesungguhnya kami sangat berterima kasih kerana sudi mengajar kami selama ini.

dengan menggunakan tema pada tahun ini, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, menggambarkan bertapa besarnya jasa guru...

Walaupun  dah pun tamat belajar di sekolah, tapi jasa guru tidak akan dilupakan.

Saya bukanlah seorang yang bijak pandai sejak dilahirkan, namun ilmu yang diajar oleh guru telah menjadikan saya seorang insan yang berguna pada masa hadapan.. Terima kasih cikgu yang pernah mengajar saya semasa 1 Alpha, 2 Alpha, 3 Sigma, 4 Delta dan  5 Delta..
dan tidak dilupakan guru-guru semasa sekolah rendah juga.. (tak ingat dah sekolah rendah kelas apa.. huhu.. dh lama sangat tinggal zaman sekolah rendah..)

*kelas chemy terakhir sebelum SPM.. Ckg. Fadzilah


ikhlas daripada bekas anak muridmu :

Nurul Nadia
ex-student of SMK DOB



Selamat Hari Ibu.. Mak..



Assalamualaikum..

Selamat hari ibu untuk ibunda tercinta.. Haslina binti Hassan..


Selamat hari ibu diucapkan.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..

even hari-hari adalah hari ibu, but still today I would like to thanks to you Mak for being the greatest mom of all.. I love you Mak..

Walaupun adik banyak buat salah.. bagi mak marah.. hope mak maafkan adik.. nnti birthday mak adik dah tak boleh nak bagi hadiah sebab time tu maybe adik dah ada dekat U..

mak, adik minta maaf jika adik banyak membebankan mak.. adik tau nak masuk U ni bukan senang.. perlukan duit yang banyak.. 

InsyaAllah mak.. adik akan belajar rajin-rajin kat sana nanti.. Bila adik dah kerja adik balas balik jasa mak.. adik minta maaf sangat jika adik bebankan mak ngan abah.. 

mak jangan risau.. adik boleh survive kat sana..  mak doakan adik berjaya dalam pelajaran k..

Adik sayang mak dan abah..


ikhlas daripada anakmu:
Nurul Nadia



Alhamdulillah..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doa Hamba-Mu..

Dapat jadi one of the PASUM's student..



Hari ni semua pakat dok share la result UPU ye.. anyone yg dapat UM?? kita geng.. huhu.. 



Jenis Makanan di Malaysia..


Amaran : entry bergambar yang akan membuatkan anda lapar.. haha.. bagi yang sedang berpuasa sunat diharap jangan baca.. nnt batal pula puasa... huhu..


Assalamualaikum,,

Seperti yang semua tahu Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang dapat membuatkan para pelancong luar negara terpikat dengan rupa bentuk luaran dan rasanya yang sedap.. huhu.. (lapar pula dah)

So, disini Miss nak buat sedikit review tentang makanan yang sedap hanya terdapat di Malaysia.. omoo.. terliur beb..

  
nasi kandaq : a famous food in Penang.. 


Nasi lemak : dikenali nasi lemak sebab ada santan.. huhu.. Kalau nak tau restoran nasi lemak yang famous kat Malaysia boleh klik SINI


Laksa ( my mom kalau buat laksa boleh habis satu kawah.. haha.. sedap ooo )


rojak buah : buah-buahan yang dipotong dan divcampur dengan kuah rojak.. umph.. memang menjilat jari beb..


Char kuey teow (ok, yang ni memang favourite kakak Miss.. lama tak makan.. )


Roti canai 


Satay : ada satay ayam, daging, kijang dan banyak lagi..

dan kalau nak tau dengan lebih lanjut tentang makanan ni dan tempat yang famous dengan makanan ni boleh klik SINI.

Jom undi untuk Malaysia best Food Award dibawakan oleh Says Food Awards.
Dengan menggunakan OpenSnap App anda boleh membuat undian untuk makanan yang menjadi kegemaran anda.. boleh klik SINI untuk maklumat yang lebih lanjut.




Liebster Award Nomination




Firstly I would like to thanks Sis Iola for tagged me in this Liebster Award Nomination. Recently I found that many blogger had invited to join this award.. but I don’t have much knowledge about this award and thanks to sis Iola for sharing some info..
You can click here for more info about this Liebster Award..


All you need to do is follow the simple rule: 
1. Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2. Answer the 11 questions asked.  
3. Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots potential. 
 4. Create 11 of your own questions for them to answer.   
5. Notify your nominate.





So, here my answer for sis Iola’s question..

1. What is your biggest dream right now and you want to achieve it?
- My biggest dream right now is to further my study in the university. Need to study well and get a better job.. InsyaAllah..
2. How old are you?
- had finished my SPM last year. So, I’m 18 now.. ok.. not yet to avhieve that age because my birthday is on 26\th July.. hehe.. But people always say that I’m still a student because of my height and immature face.. haha..
3. What is your opinion about blogging?
- it is my hobby, my part time work after SPM.. By blogging I can meet new friend all around the country.. and even from the oversea.. huhu..
4. Name your 3 favorite singers.
- too many to list here.. but I really like the singers from korean.. but not k-pop..
5. Do you love to read novels?
- of course I do.. But if I read a novel it can take a week to finish it.. hehe..
6. What is your favourite novel of all?
- my favourite novel that I had read : andai itu takdirnya, anak teruna mak cik rahimah, mangkuk tingkat.. that’s all I think.. the novel that I really love to read is Andai Itu Takdirnya..
7. Do you have pets?
- I do have a pet but it was dead 4 years ago.. huhu.. miss that rabbit very much.. I called him BOBO..
8. What would you name your pet if you have one?
- BOBO… I miss you.. :(
9. Why do you blog?
- To share my stories, make new friend , and so on..
10. What is your aim for your blog?
- To achieve 1826 followers.. hehe.. but I need 1500 more followers to achieve that goal.. haha.. And I’m also like to increase my blog’s traffic since I’m not an active blogger..
11. What do you see yourself in the next 10 years from now?
- Hurmm… A wife and a mom.. hehe.. targeting to get married at 27 or 28 years old after I finished my studies.. InsyaAllah if I meet my future husband one day.. (amboi gatai ye kau… haha)

So, I had decided to choose these person. Most of them have many followers so I decided to choose bloggers which have followers less than 800 that has a lot of potential :


My question are:
1) What is you aiming for your life?
2) What did you do to spent your time?
3) What is your nickname?
4) If you have RM 1 million of money with you, what did you buy with that money?
5) What genre of film and drama that you like to watch?
6) If you are the one of Korean drama lovers, what drama did you like to watch? (mentang-mentang la aku minat drama korea, haha.. Master’s Sun is the best.. daebak!! )
7) What is the embarassing moment that you had been through?
8) List 3 things that you hate the most..
9) List 3 things that you like the most..
10) If you want to travel to oversea, which country would you like to go?
11) What is your future plan?? (hehe, kalau aku nak belajar sampai phD then kahwin, haha.. hope boleh, kalau macam tu andartu la aku nak tggu phD baru nak kahwin..)

p/s : punya la lama aku nak karang idea nak buat soalan + nak cari orang untuk jawab soalan aku yang agak merapu sikit ni.. hoho.. hope ada yang sudi jawab.. nanti dah habis jawab inform kat comment ye..  Sila abaikan sebarang Grammar Mistake kat atas ni ye.. hehe.. Nak try jawab dalam BI juga even BI tak berapa nak OK sangat.. huhu.. Yang mana di tag tu kalau nak jawab dalam BM pun boleh.. it's ok take your time.. 



blog berwajah baru..


Assalamualaikum..

hah.. mesti terkejut tengok blog ni jd putih plak dah.. hehe.

Saja tukar mood nak pakai simple template.. penat tau edit blog ni balik..

haha dah la tak berapa nak expert sangat nak edit simple template ni. Tengok tuto ja..

Thanks to :
Adik faqihah Husni
Wanaseoby
Nabila Medan
untuk tuto yang sangat membantu..


Dan kenapa blog miss nampak simple???

hurm.. the reason is :

I want to get out from my childish world.. haha.. blog sebelum ni agak kebudak-budakan sikit.. so, I decided to change this blog into a matured one.. (ceh, apa yg aku cakap ni.. hentam ja speaking.. haha)

sebelum:



selepas:


simple but I like it.. haha..

p/s: tak publish lagi soalan liebster award dari kak Iola.. sorry ye kak.. dah jawab habis dah soalan tu cuma tengah dok rangka soalan baru pula.. hehe.. 




baru perasan dapat 3 CPUV dh dari Nuffnang..


Assalamualaikum..

hah.. sejak berdating ngan 8share.. nuffnang jarang Miss buka.. tapi still sayang jugak kat nuffnang.. hehe..

Biasa la kan.. blog tak brapa nak famous.. CPUV pun ciput je.. baru dpt 3 dari nuffnang..


so, kalau rajin klik le iklan nuffnang kat blog ni.. bila dah klik inform Miss dekat chatbox.. nnt Miss klik balik dkat blog korang.. 

hurm.. kadang-kadang jeles gak tgk ramai blogger yg dpt banyak CPUV.. hehe.. but it's ok.. nuffnang still sudi nak bg CPUV kat blog yg x seberapa ni.. Thanks Nuffnang..