Adakah belajar di Harvard bermakna kita lebih bijak?


Assalamualaikum...

Seperti yang kita tahu Harvard adalah salah satu universiti terunggul dan mempunyai ramai pelajar yang bijak bestari. Hurmmm.. nampaknya aku sendiri telah terpedaya dengan swimmer's body illusion atau dalam erti kata lain menilai sesuatu berdasarkan rupa. Kenapa ia dinamakan sebagai swimmer's body illusion? Pernah tak anda melihat susuk tubuh seorang perenang? pasti anda akan menganggap dia adalah perenang yang handal oleh kerana susuk tubuhnya yang tegap dan langsing kan? itulah ilusi yang direka oleh pemikiran sesetengah individu. Menilai sesuatu berdasarkan rupa luaran.

Begitu juga aku, menganggap individu itu sudah cukup bijak kerana berjaya menuntut ilmu di sebuah Universiti yang paling unggul. Namun tanggapan aku meleset kerana tak semua yang belajar disitu boleh dianggap pandai oleh semua orang jika tiada usaha dari pelajar itu sendiri. Betul atau tidak? Anda sendiri yang perlu tentukan. Kadang-kadang manusia lebih suka menilai seserorang hanya berdasarkan luaran. Melalui rupa paras, dimana dia belajar, status kehidupan-kaya atau tidak. Segera tinggalkan tanggapan itu dan cuba menilai seseorang melalui usahanya bukan luaran sahaja.


Begitu juga dengan diri kita sendiri. Jangan menganggap diri kita sendiri sudah cukup berjaya dan sempurna hanya kerana kita belajar di Universiti yang terkenal, kerja dalam sektor pekerjaaan yang dikenali ramai, mempunyai suami yang kacak atau isteri yang cantik, ataupun mempunyai anak-anak yang comel kerana itu hanya nikmat yang Tuhan berikan dan mungkin jika kita tamak atau riak Tuhan akan tarik balik nikmat yang Dia berikan.

Sedangkan diri kita sendiri di ingatkan oleh Allah S.W.T tentang nikmat yang Dia berikan dalam Surah Ar-Rahman. Diulang ayat ini berulang kali - FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan). Sebab itu kita jangan sesekali riak dan kufur diatas nikmat yang Dia berikan kerana kadang-kadang nikmat yang diberikan Tuhan itu ujian untuk kita. Sama ada kita masih ingat atau tidak pada Dia jika dikurniakan nikmat tersebut.






Berbalik kepada perbincangan kita sebentar tadi, mesti semua pernah mendengar kata-kata ini- DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Betul tak? Jadi jangan sesekali menilai sesuatu berdasarkan rupa paras atau fizikalnya sahaja. Kerana tidak semestinya belajar di Harvard bermaksud anda lebih bijak.. Tanpa usaha anda tidak akan kemana malah tidak akan berjaya. Akan tetapi janganlah berusaha demi sesuatu perkara yang sia-sia akibat terpedaya dengan Swimmer's Body Illusion.

REVIEW FROM THE ART OF THINKING CLEARLY BOOK











No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..