Asasi Sains PASUM

Assalamualaikum..

Update post kali ni aku nak terang serba sedikit la pasal jenis asasi dekat PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA. Disebabkan aku ex-pasum 14/15 so untuk adik2 yang mana bakal melanjutkan pengajian ke peringkat asasi UM boleh la jadikan ni sebagai panduan sebelum masuk nanti sementara tunggu result SPM bulan 3 ni kan..


Bangunan PASUM.. disebabkan aku dah delete gambar tu.. ambil dari insta aku ja balik.. 


Sebelum ni ada banyak la juga adik2 pm aku tanya pasal asasi sains UM ni..  asasi UM adalah salah satu pusat asasi yang terletak dalam Universiti Malaya di tengah bandaraya KL. So tak jadi masalah sangat kalau nak keluar sebab transport senang nak cari plus dekat dengan LRT dan Midvalley.. haha.. eh melalut pula.. 

Ok.. asasi ada 3 actually.. but asasi sains ada 2 ja.. asasi sains fizikal dan asasi sains hayat.. satu lagi asasi alam bina..

ASASI SAINS FIZIKAL

Aku dulu ambil asasi fizikal la.. sebab masa sekolah dulu ambil sains IT.. which I studied IT, Physics, Chemistry and Addmath as additional subjects.. so I didn't study for biology since in form 4... don't ask me about that subject.. haha.. 

Subjek yang korang akan belajar nanti masa asasi adalah:-

Sem 1
- physics 1 & 2
- chemistry 1 & 2
- vector
- Science Computer 1
- Algebra
- Calculus
- IT
- English for muet

Sem 2
- physics 3 & 4
- chemistry 3 & 4
- engineering math
- Science Computer 2
- Algebra and Calculus ( campur sekali.. haha..)
- Probability and statistic
- Self development (jati diri)
- English for muet

So total 10 subjek untuk satu sem.. tapi jangan risau.. boleh survive laa.. insyaAllah kalau ada usaha boleh berjaya.. yang mana lepasan asasi fizikal kebanyakkan sambung engineering ataupun ambil degree in science..

ASASI SAINS HAYAT

Subjek lebih kurang ja ngan fizikal sebenarnya.. cuma ada biology gantikan science computer..

Sem 1
- physics 1 & 2
- chemistry 1 & 2
- biology 1 & 2
- Algebra
- Calculus
- Jati diri
- English for muet

Sem 2
- physics 3 & 4
- chemistry 3 & 4
- biology 3 & 4
- Algebra and Calculus ( campur sekali.. haha..)
- Probability and statistic
- IT
- English for muet

Sama ja kan?? Haha.. cuma korang kna struggle untuk biology je.. budak fizikal more to math sebab banyak kot math diorang.. haha.. 

ASASI ALAM BINA

SEM 1 
- Statistic & Probability
- Principle of Economy
- Introduction to Management
- Environmental Studies
- Graphic Communication
- Architectural Drafting

SEM 2 

- Accounting and Financial Management
- Introduction to Construction Technology and Materials
- Introduction to Malaysia Legal System
- Built Environment
- Art
- Basic Design

Untuk asasi ni aku tak pro sangat.. tapi yang pasti kalau korang masuk asasi ni korang akan diserap masuk terus ke degree alam bina UM.. but make sure pointer atas 3.0 kalau tak maybe akan dihantar ke fakulti sastera.. kalau nak tukar U ada procedure but aku x tahu macam mana.. kena tanya pihak Universiti..

ETIKA PEMAKAIAN

Pemakaian untuk kuliah dan kelas tutorial kena pakai pakaian yang formal macam baju kurung untuk perempuan dan baju kemeja berkolar dan bertali leher untuk lelaki..

Tapi rileks je.. aku pun ada je pakai jubah dan kebaya ke kelas.. haha.. nak pakai skirt labuh dan blouse pun boleh asalkan sopan.. kasut kena bertutup.. 

Jadi kepada adik2 dekat luar sana.. jangan takut nak apply asasi UM.. lecturer semua sporting.. x makan orang aih.. mana yang takut nak apply sebab kata asasi ni susah la apa.. belum cuba belum tahu.. aku ingat lagi masa nak masuk dulu kena buat medical check up.. bila doktor tu tengok surat tawaran aku.. 

dia kata-" dekat mana pun belajar.. jangan putus asa.. kalau rasa nak lemas sekalipun berenang la sebaik mungkin.. jangan sampai kita lemas.."

So..  jangan pernah rasa putus asa walaupun macam mana susah sekalipun cabaran yang datang.. usaha sebaik mungkin sebab hasil yang kita akan dapat mungkin akan lebih besar dari usaha kita..

Chaiyok adik2 semua.. kalau akak boleh survive setahun asasi dekat situ mesti adik2 pun boleh.. now I have continue my studies for Bachelor of Software Engineering in Universiti Malaya.. under FACULTY OF SCIENCE COMPUTER AND INFORMATION TECHNOLOGY. Next time I'll make a post about my current studies.. kalau ada apa2 nak tanya boleh pm fb.. nak komen sini pun boleh tapi takut akak tak perasan pula.. tapi jangan risau.. akak ni akan jawab je soalan korang.. akak x makan orang pun.. haha..


Nah belanja korang gambar-gambar yang berkaitan.. jemputlah masuk PASUM ye adik2..

PASUM

Bukit Simen

Tasik Varsiti

Exam Hall.. besar wei..

Me- yang paling kiri.. and my lovely roomates masa PASUM

Lab yang paling kelam kabut.. haha.. 

Terima kasih kerana sudi membaca blog miss1826..